Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

HERO UMNO: PORTFOLIO BARU BAGI NAZRI – MENGHINA & MENGHENTAM DR M?

$
0
0
Sekali lagi Nazri Aziz berteriak, “Apa lagi Tun M mahu….?”
Nazri Aziz adalah seorang menteri yang sungguh tak sesuai memegang jawatan itu kerana dia seringkali mengeluarkan kenyataan yang memalukan. Menghina orang lain dengan menggunakan kata-kata kesat adalah “trademark” dia.
Tidak ada menteri di dunia maju yang melakukan apa yang dilakukan oleh beliau. Kerajaan lain akan merasa malu dan tidak menjadi popular kerana rakyat akan marah dengan telatah menteri yang sedemikian. Saya tahu rakyat Malaysia ini ada lagi yang bangga dengan sikap pemimpin seperti Nazri Aziz, Ali Tinju dan Jamal Md Yunos dan Tan Keng Liang, lalu mereka terus dengan cara mereka yang luar biasa itu.
Ini akan berubah tidak lama lagi. Setiap kumpulan manusia akan berubah dari sikap primitif dan “barbaric” ke arah satu budaya tamadun dan bersopan. Ia memakan masa. Manusia tidak akan kekal bodoh dan sombong. Dengan pelajaran dan perubahan dunia mereka akan menjadi lebih “civil”, bertanggungjawab dan menghormati orang ramai.
Menghentam dan menghina Tun Mahathir telah menjadi portfolio baru bagi Nazri Aziz. Saya masih ingat suatu masa dulu ada desas-desus bahawa satu tindakan akan diambil terhadap Nazri mengenai penglibatannya dengan permit teksi. Tun Mahathir waktu itu sudah mahu bersara, lalu beliau dikatakan menyuruh pegawai penyiasat menyerahkan perkara itu kapada PM baru iaitu Pak Lah.
Dia sudah mahu berhenti, jadi tidak elok untuk membuat apa-apa keputusan besar. Dari episod ini Nazri sepatutnya insaf dan sedar bahawa ada juga jasa Tun Mahathir kepada beliau. Kalaulah tidak kerana hal itu pun, beliau sepatutnya mesti berterima kasih kepada Tun Mahathir kerana mengekalkan dia sebagai menteri begitu lama. Tapi itulah pemimpin UMNO, tidak ada langsung ingin mengenang jasa mereka yang telah banyak menolong.
Soalan yang sama sepatutnya dikemukakan oleh Nazri ialah kepada Najib. Apa lagi Najib mahu? Setelah mengambil berbilion-bilion dari 1MDB, setelah wang KWAP sebanyak RM4 bilion tak tahu ke mana, setelah ratusan juta wang SRC hilang dan sebahagiannya masuk ke akaun Najib, sepatutnya Nazri bertanya kpada Najib, “Boss, apa lagi you mahu?
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913