Akhbar Le Temps lapor dakwaan Sarawak Report tanpa mahu menentusahkan maklumat itu dengan pihak yang dituduh
Nasib pembocor maklumat 1MDB, Andre Xavier Justo yang menjalani hukuman penjara di Thailand atas kesalahan pemerasan tidak termasuk dalam agenda Rundingan Tahunan Malaysia-Thailand ke-6.
Setiausaha akhbar perdana menteri berkata rundingan membincangkan agenda besar kedua negara seperti kerjasama melawan pelampau, perjanjian dagangan, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan untuk masyarakat Islam di Selatan Thailand.
“Semasa perjumpaan rundingan tahunan Malaysia-Thailand ke 6, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) atau delegasi tidak pernah membangkitkan perkara berkaitan pemeras tersabit Xavier Justo.
“Tambahan pula, Perdana Menteri tidak ditemani oleh individu yang dinamakan Le Temps (dalam laporannya),” kata Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Le Temps memetik sumber mereka melaporkan Bangkok enggan melepaskan Justo pulang ke negaranya. Media Switzerland itu mendakwa keputusan itu dibuat selepas Najib memohon supaya Justo tidak dihantar pulang.
Sariffuddin menyesali Le Temps menyiarkan dakwaan itu tanpa mahu menentusahkan maklumat dengan pihaknya.
Read More / Baca Lagi >>