Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Pas mampu gugat Pakatan Harapan‎

$
0
0
PAKATAN Harapan sukar ulangi kejayaan besar seperti dalam dua kali PRU lalu, sekalipun mengadakan pilihan raya mengejut di Selangor.
Ini kerana Pas mampu gugat kekuatan Pakatan Harapan sekiranya kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat dalam isu pembahagian kerusi.
Demikian pendapat seorang pengulas politik, Tang Ah Chai ketika mengulas saranan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang agar Dun Selangor dibubarkan memandangkan cadangan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah ‘mengubah’ peta negeri itu dengan tujuan membolehkan Umno kembali berkuasa.
Menurut Ah Chai, sekiranya pilihan raya negeri mengejut diadakan di Selangor, ia pasti memberikan kelebihan kepada Pakatan Harapan kerana masih boleh menggunakan kawasan persempadanan lama.
"Tetapi Pakatan Harapan perlu sedar, mereka akan hadapi cabaran lain, iaitu daripada Pas yang masih belum jelas akan pendirian mereka sama ada sokong Pakatan Harapan ataupun BN.
"Pas jika bekerjasama dengan BN menyaksikan satu lawan satu dengan Pakatan Harapan, perkembangan ini sudah tentu akan menjejaskan Pakatan Harapan untuk terus menerajui pentadbiran kerajaan negeri Selangor," katanya ketika dihubungi Sin Chew Jit Poh.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913