Program Permata Negara (PERMATA) dan penaungnya, Datin Seri Rosmah Mansor mengambil keputusan menolak ‘Anugerah Memimpin dengan Teladan’ lantaran campur tangan daripada Wall Street Journal (WSJ) dan New York Times (NYT) yang dimaklumkan oleh pengerusi badan penasihat penganjur, Prof Tudor Parfitt.
Selain itu Kerajaan Malaysia tidak pernah memohon untuk mendapatkan anugerah penghargaan khas daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).
Sebenarnya Ketua Pengarah UNESCO Irina Bokova yang mengutus surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Rosmah dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pada 8 September lepas.
Ia memaklumkan bahawa isteri perdana menteri akan diberi penghormatan menerima anugerah penghargaan khas itu pada satu majlis yang dihoskan bersama oleh Unesco pada 22 September (esok).
Ia bagi menghargai usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia dalam mengekang ekstremisme melalui sistem pendidikan, dan khususnya pendekatan yang diambil oleh PERMATA yang diasaskan pada 2007 oleh Rosmah.
Program PERMATA diwujudkan bagi memberikan tumpuan terhadap pembangunan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.
Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad menjelaskan semalam, pada 18 September lalu Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menerima e-mel daripada Profesor Tudor Parfitt, Pengerusi Lembaga Penasihat Akademik Jawatankuasa Penganjur Penghormatan Kepada Wira-wira Kempen Global memerangi Ekstremisme Ganas, menyatakan bahawa penganugerahan itu akan ditunda ke 2017.
Ini kerana apa yang disifatkannya sebagai 'campur tangan' WSJ dan NYT berhubung pembiayaan PERMATA.
Kelmarin dilaporkan satu anugerah UNESCO untuk mengiktiraf program PERMATA dalam satu majlis yang diadakan sempena Persidangan Agung ke-71 PBB di New York telah ditarik balik.
Tudor Parfitt...hantar email kepada Wakil Tetap Malaysia di PBB |
NYT kelmarin juga melaporkan anugerah anjuran Antiquities Coalition yang sepatutnya diterima Rosmah di Muzium Seni Metropolitan, New York, telah ditarik balik. pada saat akhir.
Parfitt dalam satu kenyataan berkata ia susulan beberapa persoalan yang dibangkitkan sekitar dana PERMATA, walaupun penganjur tidak mengesan sebarang salah laku secara khusus, keputusan diambil kerana mereka kesempitan masa untuk menyemak dakwaan.
Menurut kenyataan itu, pelbagai persoalan dibangkitkan mengenai sumber dana PERMATA dan walaupun penganjur acara tidak menyedari wujud sebarang salah laku tertentu, mereka tiada masa untuk memeriksa persatuan itu.
Tengku Sariffuddin sebaliknya mengesahkan bahawa PERMATA dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia di bawah peruntukan yang secara telus dimasukkan dalam bajet Kerajaan dan diluluskan oleh Parlimen.
"Semua perbelanjaan adalah selaras dengan prosedur kewangan Kerajaan. Ini bukan sahaja berkaitan dengan rekod awam tetapi ia boleh diperjelaskan dengan segera jika kami atau PERMATA diminta berbuat demikian sebelum penangguhan penganugerahan itu," kata Tengku Sariffuddin.
Beliau berkata PERMATA dan Rosmah sentiasa mengutamakan program yang memberi impak positif kepada berpuluh-puluh ribu anak muda.
"Untuk mengelak perhatian terhadap usaha-usaha penting untuk kanak-kanak di Malaysia terganggu, PERMATA dan Datin Sri Rosmah telah menolak pemberian anugerah yang dicadangkan itu.
"Semua perbelanjaan adalah selaras dengan prosedur kewangan Kerajaan. Ini bukan sahaja berkaitan dengan rekod awam tetapi ia boleh diperjelaskan dengan segera jika kami atau PERMATA diminta berbuat demikian sebelum penangguhan penganugerahan itu," kata Tengku Sariffuddin.
Beliau berkata PERMATA dan Rosmah sentiasa mengutamakan program yang memberi impak positif kepada berpuluh-puluh ribu anak muda.
"Untuk mengelak perhatian terhadap usaha-usaha penting untuk kanak-kanak di Malaysia terganggu, PERMATA dan Datin Sri Rosmah telah menolak pemberian anugerah yang dicadangkan itu.
Tengku Sariffuddin...PERMATA dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. |
"Kami kesal dengan cubaan mempolitikkan usaha organisasi yang menjadi teladan itu yang matlamatnya adalah semata-mata untuk meningkatkan lagi kehidupan kanak-kanak.
Read More / Baca Lagi >>