Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah dimaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah menerima mengadap penasihat Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu.
Bagaimanapun perdana menteri berkata, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menjelaskan kepada Mahathir bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha yang dibuat BERSATU.
"Dalam pertemuan itu, baginda mengambil maklum perkara yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir.
"Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong turut menjelaskan kepada Tun Dr Mahathir bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha yang dibuat oleh PBBM," kata Najib dalam kenyataan media hari ini.
Perdana menteri berkata ini kerana deklarasi yang dibuat BERSATU tidak mengikut perlembagaan dan sebarang tindakan sepatutnya menurut amalan lazim iaitu melalui parlimen dan sistem pilihan raya bagi rakyat membuat keputusan mereka.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan Mahathir mengadap Agong di Istana Anak Bukit, Kedah pada 15 September lalu bagi menyerahkan petisyen Deklarasi Rakyat dalam satu pertemuan empat mata yang berlangsung kira-kira satu jam 15 minit.
Mahathir dilapor turut membawa dokumen Deklarasi Rakyat yang didakwa mengandungi tandatangan 1.3 juta rakyat Malaysia bagi menuntut Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
Antara lain, Deklarasi Rakyat anjuran bekas pemimpin Umno, pembangkang dan NGO itu mendakwa Najib terbabit dalam skandal kewangan melibatkan syarikat pelaburan negara, 1MDB dan deposit sebanyak RM2.6 bilion ke akaun peribadinya.