Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

IGP: Malaysia tak akan jadi negara polis

$
0
0
Malaysia tidak mungkin menjadi sebuah negara polis memandangkan bidang kuasa Polis Diraja Malaysia juga tertakluk kepada
undang-undang dan peraturan yang ditetapkan Perlembagaan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dakwaan yang dibuat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mempersoalkan sama ada Malaysia sudah menjadi negara polis apabila Khalid dikatakan seolah-olah tidak boleh ditegur, ternyata tidak berasas.
"Negara kita tidak boleh menjadi negara polis kerana jika kita tidak patuhi
undang-undang kita akan diambil tindakan. Macam mana negara ini menjadi negara polis, kami juga subjek kepada peraturan Perlembagaan dan undang-undang begitu juga Anggota Parlimen," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas program Dialog Bersama Ketua Polis Negara: Peranan Mahasiswa Dalam Menangani Ancaman Keselamatan Negara di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok hari ini.
Semalam, Lim dalam sebuah portal berita mendakwa Khalid dengan angkuh memberi amaran kepada Teo Nie Ching yang mendesak polis menjalankan siasatan segera berhubung satu dakwaan ugutan terhadap pemimpin BERSIH 2 Maria Chin Abdullah, supaya tutup mulut.
Khalid berkata beliau bukannya menghalang Teo daripada bersuara, sebaliknya hanya bertanya kembali kenapa Anggota Parlimen Kulai itu tidak mempersoalkan tindakan beliau (Khalid) yang tidak menahan Maria Chin yang turut melanggar undang-undang.
"Nampak dia (Teo) cuba politikkan isu ini, kalau nak tegur membina saya
terima tapi kalau nak jatuhkan kita nak tuduh seperti berat sebelah itu saya tidak boleh terima," katanya.
Dalam perkembangan lain, Khalid berkata beliau tidak menafikan terdapat usaha merekrut mahasiswa untuk menyertai militan Daesh namun pihaknya melalui pasukan khas Bukit Aman sentiasa bekerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi dalam membanteras cubaan tersebut.
"Mereka (Daesh) akan pengaruhi sesiapa sahaja seperti mahasiswa dan mereka yang mempunyai masalah, kerana mereka ini selalu memerlukan bahu untuk bersandar, kalau mereka (Daesh) bagi macam-macam, dia (mahasiswa) akan terpengaruh dengan apa jua dakyah," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913