Pakatan Harapan perlu bergerak terus mengatur strategi untuk berhadapan dengan Umno-BN dalam PRU14. Pakatan
Harapan perlu berani membuat keputusan strategik dan berimpak tinggi bagi memastikan sejarah PRU12 dan PRU13 tidak berulang. PRU14 harus dipastikan sebagai milik Pakatan Harapan.
Berdasarkan hakikat ini, Pakatan Harapan tidak perlu menunggu sesiapa, apalagi untuk membuka lorong kepada PAS. Pakatan Harapan tidak perlu begitu obses dengan PAS, memandangkan PAS bukan sahaja dilihat sukar diramalkan akan sikap, pemikiran dan tingkah lakunya, sebaliknya juga PAS dilihat tidak pernah teguh dalam setiap persepakatan dan persefahaman yang disertainya.
Pakatan Harapan tidak perlu menghabiskan masa untuk berunding berpakat dengan PAS. Pendirian PAS sudah jelas
apabila presiden PAS telah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan DAP dan dengan parti-parti yang bekerjasama dengan DAP, bermakna PAS tidak bersedia untuk bekerjasama dengan semua parti yang mempunyai hubungan kerjasama dengan DAP.
Realiti politik Malaysia, PKR, AMANAH dan PPBM, sama ada secara langsung atau pun tidak langsung, mempunyai hubungan politik dengan DAP. Tentu sekali PAS tidak akan bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti ini. Apa yang pasti Pakatan Harapan itu sendiri terbina serta terbentuk di luar daripada kompromi dan persefahaman politik dengan PAS. Hanya Umno, sebagai parti politik aliran arus perdana, yang tidak mempunyai kerjasama politik dengan DAP.
Pakatan Harapan perlu memberikan tumpuan secara sepenuhnya untuk mendominasi PRU14. Bagi tujuan tersebut, Pakatan Harapan perlu merangka strategi politik yang lebih kukuh dalam usaha untuk memobilisasi gerakan rakyat, bertujuan untuk mempertingkat undi, khususnya dalam kalangan masyarakat luar bandar serta bertindak secara sinergistik untuk terus memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap wibawa perjuangan politik Pakatan Harapan.
Pakatan Harapan perlu memperlihatkan komitmen yang tinggi dalam membanteras segala bentuk kepincangan politik dan
keruntuhan moral politik yang membawa bencana kepada masa depan kehidupan rakyat. Pakatan Harapan perlu memperlihat akan kewibawaannya dalam menegakkan politik berintegriti tinggi serta perjuangan yang mendasari hak dan kepentingangan rakyat.
Pakatan Harapan perlu mampu menjadi model dalam agenda memartabatkan politik merentasi sempadan bangsa dan agama, sebagai formula kepada realiti masyarakat Malaysia masa depan. Pakatan Harapan tidak perlu menunggu PAS dalam mencorak keputusan politik untuk mewujudkan cabaran politik terhadap Umno-BN.
Read More / Baca Lagi >>