Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilaporkan hadir di Pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) di Putrajaya pagi ini, dipercayai untuk menyerahkan borang pendaftaran parti baharu.
Shafie tiba jam 9.35 pagi, bersama beberapa penyokongnya.
Shafie sebelum ini mengumumkan keluar daripada Umno pada 4 Julai , selepas Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung keahlian beliau pada 24 Jun lalu.
Setiausaha akhbarnya Zamri Maulan ketika dihubungi Malaysia Dateline memberitahu Shafie ke pejabat RoS untuk menukar nama sebuah parti di Sabah dengan nama baharu yang akan di terajui beliau di negeri bawah bayu itu. Tanpa mahu mendedahkan nama parti di Sabah itu yang akan ditukar nama oleh Shafie .
Khabar angin bertiup sebelum ini Shafie dikatakan berhasrat untuk mengambilalih Usno kemudian dinafikan oleh Presidennya Dullie Tiaseh, yang mengatakan berkemungkinan Shafie akan mengambil alih Parti Kebangsaan Sabah (PKS) yang telah diluluskan penubuhannya tiga tahun lalu tetapi tidak pernah bertanding dalam mana-mana pilihan raya.
Ketika ini Shafie masih lagi berurusan dengan pegawai RoS.