SHAH ALAM - DAP hari ini mendakwa cadangan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai usaha bagi membantu BN memenangi semula kerusi Parlimen dan Negeri.
Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming berkata, di peringkat Parlimen, SPR telah melukis semula garisan sempadan dengan mengalihkan kerusi negeri pro-Pakatan ke dalam kerusi Parlimen bagi mengurangkan majoriti kecil kerusi Parlimen pembangkang.
“Sebagai contoh, kerusi Dun N25 Kajang telah dipindahkan dari kerusi parlimen P101 Hulu Langat untuk kerusi Parlimen P102 Bangi (kerusi Parlimen semasa Serdang) menyebabkan majoriti diunjurkan bagi Pakatan jatuh dari 17,267 pada tahun 2013 kepada 1,046.
“Bagi contoh lain, Dun N37 Bukit Lanjan telah dipindahkan dari P107 Sungai Buloh (kerusi semasa Parlimen Subang) untuk P106 Damansara (kerusi semasa Perlimen Petaling Jaya Utara) dan menyebabkan majoriti diunjurkan bagi Pakatan jatuh dari 26,719 pada 2013 kepada 3,037,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, SPR memaklumkan bahawa pihaknya akan melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dun bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah.
Dalam pada itu, Kian Ming berkata, BN dijangka akan memenangi semula tujuh kerusi negeri akibat daripada persempadanan semula tersebut dan antara yang terlibat adalah kerusi N11 Ijok, N23 Dusun Tua, N43 Sementa, N44 Selat Klang, N46 Pelabuhan Klang, N51 Sijangkang dan N53 Morib.
“Pada masa yang sama, enam kerusi negeri dimenangi oleh Pakatan dengan lebih daripada 54 peratus undi popular dalam PRU13 lalu telah menjadi kerusi marginal akibat daripada persempadanan semula dan dijangka menang dengan kurang daripada 54 peratus undi popular.
“Kerusi berkenaan adalah N15 Taman Templer, N29 Seri Serdang, N33 Taman Medan, N38 Paya Jaras, N41 Batu Tiga dan N49 Seri Andalas,”katanya.
Ujar Kian Ming, Selangor menyediakan contoh jelas bagaimana SPR menyalahgunakan kuasa dengan melukis semula garis sempadan untuk memberikan faedah kepada satu pihak sahaja iaitu BN.
Tambah beliau, setiap pihak perlu mengambil langkah undang-undang yang perlu bagi memastikan proses persempadanan semula ini tidak diluluskan.