Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Najib minta Puteri Umno tinggalkan 'dosa besar'

$
0
0
Datuk Seri Najib Razak berkata Umno dan BN tetap mengetengahkan agenda yang lebih baik ketika pihak pembangkang mengambil pendekatan politik kebencian.
Kata perdana menteri mudah untuk mengamalkan politik sebegitu tetapi "berdosa besar" dan tidak membawa mereka ke mana-mana.
"Tapi kita mesti ingat, memburuk-burukkan orang lain tidak bawa kita ke mana-mana.
"Kalau kita ada agenda lebih superior, barulah negara kita lebih maju dan wanita lebih berjaya," katanya di PWTC di Kuala Lumpur hari ini.
Najib berucap di majlis Perhimpunan Wanita Muda anjuran Puteri Umno.
Dalam ucapannya Najib juga meminta anggota Puteri Umno melakukan dua perkara untuknya.
Pertama kata perdana menteri Puteri Umno terus berjuang bersungguh-sungguh supaya generasi muda menganggap wadah perjuangan terbaik untuk mereka.
Katanya Umno memperjuangkan agenda pembangunan dan transformasi walaupun pihak "di sebelah sana" hanya bermain politik, politik kebencian dan memburuk-burukkan musuh mereka.
"Apabila kita memburukkan orang lain itu senang walaupun ia dosa paling besar," katanya.
Kedua kata Najib beliau mahu Puteri Umno menyediakan generasi muda untuk menghadapi segala cabaran termasuk yang melangkaui soal politik.
"Maknanya kita lebih idealistik daripada soal nak dapatkan undi mereka," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913