Pada majlis tahlil sempena ulang tahun kelahiran Presiden BERJASA, Datuk Seri Mustapa Kamal Maulut malam tadi ia diumumkan sendiri oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.
Turut hadir Setiausaha Agung Parti Ikatan, Tengku Mudzaffar Tengku Zaid.
Mustapa Kamal berkata, 'pinangan' menyertai geng Pas dan Ikatan diputuskan selepas mereka meminangnya sebanyak dua kali sebelum ini.
"Jadi bila orang bersungguh-sungguh meminang, kita terima, jual mahal sangat nanti jadi andartu. Jadi ia sekaligus menafikan kata-kata sesetengah pihak BERJASA sudah mati dan terkubur," ujarnya malam tadi.
Sebelum itu, katanya, pertemuan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan wakil pemimpin parti itu sudah diadakan.
Menurut beliau, BERJASA menyokong budaya politik matang dan menyokong pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 yang diperjuangkan Pas.
Bagi Takiyudin, Pas menerima baik sahabat baharu mereka dalam Gagasan Sejahtera dan menyatakan lebih ramai parti politik lain dan tokoh-tokoh tertentu akan menyertainya menjelang pilihanraya umum akan datang.
"Kita tidak keseorangan. Pertengahan tahun lalu Ikatan bersama kami dan kini kami terima sahabat baharu, Parti BERJASA," ujar Ahli Parlimen Kota Bharu itu.
Read More / Baca Lagi >>