Image may be NSFW.
Clik here to view.
KUALA LUMPUR, 7
Dis — Lesen Peringkat Pengendalian Sementara (TOL) dan operasi Syarikat
Lynas Malaysia Sdn Bhd boleh digantung dan diberhentikan serta-merta
daripada beroperasi sekiranya syarikat pemproses nadir bumi Australia
itu melanggar syarat pengendalian dan peraturan beroperasi ditetapkan
oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA).
“Di bawah Seksyen 22 Akta 304, sekiranya pihak syarikat melanggar
mana-mana syarat lesen atau melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta,
LPTA boleh membatalkan atau menggantung TOL yang telah dikeluarkan
kepada syarikat sebelum ini.Clik here to view.

Para
aktivis menunjukkan untuk membantah loji nadir bumi milik syarikat
Australia Lynas Corp ketika Himpunan Hijau di Dataran Merdeka, Kuala
Lumpur, 26 November, 2012. — Gambar Reuters
“Dalam hal ini, sekiranya berlaku perlanggaran kepada syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan, operasi syarikat akan diberhentikan secara serta merta sebelum tindakan selanjutnya diambil di bawah peruntukan akta yang sama,” jelas Setiausaha Eksekutif, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan, dalam satu kenyataan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>