Siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terhadap Suaram nampaknya
belum berakhir walaupun ia telah mengemukakan kertas siasatan kepada
Pejabat Peguam Negara bulan lalu.
"Kami fikirkan ia sudah berakhir tetapi mereka datang lagi, kami terkejut," kata Pengarah Eksekutif Suaram, E Nalini.
Menurutnya, tiga pegawai SSM menyerahkan notis mengikut
Seksyen 7D(1) Akta Syarikat 1965 kepada tujuh petugas dan bekas petugas pejabat Suaram pagi tadi.
Mereka adalah Diane Savari, Maisarah Muhd Najib, Lee Hui Fei dan bekas petugas - Ong Jing Cheng, Fang Pei Fen, Andika Wahab and Yap Heng Lung.
Mereka dikehendaki hadir di ibu pejabat SSM di Putrajaya pada 17 Disember jam 10 pagi untuk membantu siasatan suruhanjaya itu.