Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Ambiga: Pemerhati Bersih tidak memihak kepada parti politik

$
0
0

Ambiga Sreenavasan menambah penggunaan pemerhati ketika pilihan raya adalah amalan yang sudah lama diterima pakai. – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 20 Dis – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menafikan dakwaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam kerana melabelkan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) tersebut sebagai “partisan”, sebaliknya menegaskan pemerhati pilihan raya mereka mengguna pakai standard pemerhati pilihan raya global yang turut menetapkan “tidak memihak kepada parti politik” sebagai salah satu pra syaratnya.
Pengerusi bersama pergerakan berkenaan, Datuk Ambiga Sreenavasan menambah penggunaan pemerhati ketika pilihan raya adalah amalan yang sudah lama diterima pakai dan digunakan banyak negara termasuk Indonesia.
“Kami faham maksud mereka, yang mahu kami lebih tersusun dan tidak menganggu proses pilihan raya. Memang itu bukan niat kami,” kata Ambiga kepada The Malaysian Insider.
“Kami memberikan latihan kepada pemerhati kami dan mengguna pakai standard antarabangsa untuk pemerhati pilihan raya domestik,” katanya.
Standard yang dirujuk Ambiga adalah seperti termaktub di dalam Deklarasi Prinsip Antarabangsa bagi Pemerhati Pilihan Raya Bebas Politik dan Pemantauan Organisasi Awam dan Syarat Pelaksanaannya.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913