Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Skandal RM40 juta: Cabar Musa Aman temu ICAC bersihkan nama

$
0
0
KUALA LUMPUR 20 Dis: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli cabar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ke Hong Kong bertemu Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) untuk membersihkan nama baik beliau.
Ia ekoran kenyataan Musa yang kononnya pembangkang hanya bersandarkan ‘fitnah dan pembohongan’ untuk menyerang beliau dan Barisan Nasional (BN) bagi meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU 13).
“Kalau dia (Musa) rasa itu adalah fitnah, beliau perlu ambil beberapa tindakan untuk bersihkan nama. Antaranya tindakan undang-undang terhadap saya. Malah saya sentiasa sedia untuk bersemuka dengan Musa di mahkamah,” kata Rafizi kepada Keadilan Daily.
Beliau menyarankan Musa menjawab isu RM40 juta dan konsesi balak secara terperinci, bukan mengeluarkan kenyataan umum mengatakan itu merupakan fitnah.
“Musa langsung tak jawab isu ini. Kalau betul-betul tak terlibat, sila umumkan akaun siapa yang dimasukkan untuk dana tersebut. Siapa penderma, yang dapat konsesi balak dan sebagainya,” jelasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913