KUALA
LUMPUR, 17 MEI: Rakyat Malaysia berhak mempunyai sebuah sistem pilihan
raya yang baik dan adil dengan pembahagian persempadanan pilihan raya
yang wajar.
Malangnya, kenyataan angkuh Menteri Dalam Negeri baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam tulisannya semalam di Utusan Malaysia amat mendukacitakan ramai pihak apabila beliau gagal memahami situasi sebenar keadaan sistem pilihan raya negara ini.
Zahid antara lain menulis, “Jika golongan ini mahu menerima pakai
list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan
oleh negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara berkenaan
untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka.”
Menyelar kenyataan angkuh Ahmad Zahid, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua berkata, bahawa menteri yang baru dilantik itu gagal memahami dua masalah utama yang membelenggu sistem pilihan raya negara ini.
“Pertama, sistem first-past-the-post yang diamalkan kita sekarang memberi kedudukan yang tidak seimbang berbanding jumlah undi popular malah sempadan pilihan raya negara ini telah lama terjejas, dimanipulasi sejak berdekad-dekad,” katanya.
Memberikan contoh, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, jurang antara kawasan Parlimen seperti Putrajaya dengan jumlah pengundi seramai 15,791 dan Padang Rengas 28,518 jauh lebih kecil berbanding kawasan Kapar dengan jumlah pengundi seramai 144,159 dan Serdang 133,139 orang.