Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

1Malaysia Dalam Kenangan

$
0
0
TELAH lebih sepuluh hari UMNO/BN kembali memerintah. Dalam erti kata lain Pakatan Rakyat (PR) tidak dapat meneruskan usaha murninya untuk memansuhkan tol dan PTPTN kerana belum berjaya membentuk kerajaan Persekutuan. Akan tetapi sekiranya dibelek-belek media perdana. Kelihatan seperti Barisan Nasional (BN) sudah pun memulakan langkah pemansuhan.
Tidak, jangan silap. Usaha pemansuhan UMNO/BN yang dimaksudkan bukan terhadap tol atau PTPTN. Itu bukanlah minat mereka. Tetapi apa yang dilihat sedang cuba dimansuhkan adalah falsafah 1Malaysia yang dijulang Najib Razak sebelum ini.
Lihat saja sejurus selepas UMNO/BN memenangi PRU-13, isu yang meletus ialah kononnya prestasi buruk UMNO/BN berpunca daripada “tsunami Cina”. Tanpa membuang masa pertuduhan itu disambut oleh lidah UMNO dengan terpampang sebesar-besar tajuk “Apa Lagi Cina Mahu?”
Bermulalah rentetan serangan demi serangan berbau perkauman seolah-olah keputusan PRU13 simbol kepada Cina lawan Melayu. Sehinggalah membawa kepada seruan paling bengap semalam agar diboikot perniagaan kaum Cina yang menyokong PR. Oh ya, bagaimana mahu tahu yang mana menyokong yang mana tidak? Katakan sajalah mahu boikot perniagaan semua orang Cina.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913