Oleh Aishah
BAHASA
tulisan diperlukan apabila kita mula meninggalkan tradisi lisan. Jadi,
dalam pengertian ini, kita berbicara soal tulisan. Jika menyentuh
mengenai lisan, nenek moyang kita banyak sekali meninggalkan kearifan
tempatan yang berbentuk pantun, syair, petua, cerita rakyat yang
diwarisi cucu cicitnya hingga hari ini. Bahasa yang digunakan dalam
lisan maupun tulisan tidak jauh bezanya – sama-sama indah dan
mengandungi pesan yang berguna.
Yang membezakan satu bahasa daripada bahasa yang lain, selain sisi teknikalnya, adalah kegunaan dan kepentingannya. Di Malaysia, bahasa menempuh sejarah panjang sebagai alat perjuangan dan penyatuan mencapai kemerdekaan, seperti cuba ditimbulkan dalam “Perjalanan Mencari Bahasa”, karya Sasterawan Negara, Abdullah Hussain dan sekian banyak karyanya yang lain. Peranan bahasa seperti ini juga dikongsi pengarang dari Indonesia iaitu Pramoedya Ananta Toer. Dalam konteks ini, kedua-duanya menjadikan bahasa tidak baku pada ucapan tetapi dilangsungkan dalam tindakan – sebagai medium menyedarkan massa daripada proses pembebalan, penindasan, penjajahan, dan perlecehan seksual. Justeru, bahasa di sini dapatlah dikatakan bukan sahaja untuk meluahkan rasa hati tetapi juga bagaimana ia diterjemahkan kepada satu isu yang universal sifatnya iaitu kemanusiaan.
Tidak sedikit orang yang menggunakan bahasa untuk komersialisme, kuasa dan kepentingan sendiri. Dan tujuan inilah yang hanya akan merendahkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perjuangan, sebaliknya dianggap sebatas alat komoditi dan alat propaganda murahan. Disebabkan itu lahirnya Asas 50 di Malaysia dan tidak hairanlah Syed Nasir Ismail, Asraf Abdul Wahab, Usman Awang, Abdul Samad Ismail antaranya dituduh sebagai pelampau bahasa yang menggunakan isu bahasa kebangsaan untuk menggulingkan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman waktu itu.
Read More / Baca Lagi >>