Oleh Haris Zuan
KACA
mata ini tujuannya membantu kita untuk melihat dengan lebih jelas dan
tepat – selain tujuan menghalang silau cahaya dan tidak kurang juga
semata-mata sebahagian pilihan aksesori untuk bergaya. Namun, bagi
mereka yang kabur penglihatannya, kaca mata bukan pilihan tetapi
kemestian yang mandatori. Tanpa kaca mata, pastinya sukar untuk mereka
yang rabun untuk melihat dan membaca. Jika kaca mata yang kita pakai
tidak lagi sesuai akibat persekitaran dan keadaan mata kita yang
berubah, maka kaca mata kita juga wajib diubah. Demikian juga halnya
dalam membaca politik.
Apakah yang dimaksudkan dengan membaca politik ini? Membaca politik ini ertinya bagaimana kita memberi perspektif kepada sesuatu persekitaran politik dan pastinya setelah Pilihan Raya Umum ke-13 ini, persekitaran politik Malaysia menunjukkan perubahan yang sangat besar dalam pola pengundian. Cabarannya, jika kita menggunakan kaca mata atau perspektif lama untuk mencerap keadaan semasa ini, kemungkinan besar cerapan kita itu kabur dan mengelirukan yang menyebabkan kita gagal memahami corak politik kini.
Kaca Mata Bersifat Kaum
Tiga puluh atau empat puluh tahun dulu mungkin tidak sukar untuk mencerap dan membaca persekitaran politik Malaysia. Pola pengundian sangat jelas dan secara kasarnya bertepatan dengan garis kaum – orang Melayu umumnya mengundi UMNO, PAS, orang Cina mengundi MCA, Gerakan dan orang India mengundi MIC. Mudah. Hal ini kerana demografi penduduk Malaysia yang terpisah mengikut kaum; Melayu di kampung, Cina di bandar, India di ladang dan estate. Taburan demografi ini sudah tentunya berkait pula dengan sektor ekonomi yang diusahakan setiap kaum ini; bertani, berniaga dan berladang. Justeru harapan politik setiap bahagian masyarakat ini lebih mudah untuk dijangka dan ditelah – maaf, oleh kerana keterbatasan ruang, huraian penulis ini memang kelihatan simplistik.
Read More / Baca Lagi >>