Rekod buruk Najib Razak selama memegang portfolio Menteri Kewangan
cukup menjadi kayu ukur Perdana Menteri itu tidak lagi layak meneruskan
jawatan tersebut, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin
Nasution Ismail.
Beliau mengulas pengekalan jawatan Menteri Kewangan yang disandang Najib dalam pengumuman senarai Menteri Kabinet semalam.
“Berdasarkan rekod kewangan semasa, beliau boleh dikategorikan Menteri Kewangan gred ‘F’ kerana gagal membawa transformasi ekonomi seperti yang dicanang.
“Berbanding
lima Perdana Menteri sebelum ini, Najib adalah Perdana Menteri paling
boros dan banyak menghabiskan duit negara,” katanya kepada Keadilan Daily.
Sebelum ini, format penjawatan Perdana Menteri memegang portfolio Menteri Kewangan yang dipraktikkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad diteruskan oleh Tun Abdullah Badawi dan disambung Najib.
Saifuddin berkata, rekod ‘terbaik’ yang dicatat Najib adalah menambah jumlah hutang negara sehingga lebih RM500 bilion sebelum diambil alih dari Abdullah sebanyak RM250 bilion pada 2009.
“Satu-satunya ‘kejayaan’ Najib selama memegang jawatan Menteri Kewangan apabila hutang negara melonjak sehingga RM500 bilion.
“Pertambahan sebanyak lebih RM200 bilion dalam masa empat tahun merupakan jumlah yang amat membimbangkan. Rakyat terpaksa menangung hutang sementara menunggu pilihan raya lima tahun akan datang,” kata Saifuddin.
Read More / Baca Lagi >>