Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Paul Low akui lemah, bergantung kepada kedudukan dilantik PM untuk melawan rasuah

$
0
0
Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. — Gambar oleh Choo Choo MayKUALA LUMPUR, 17 Mei — Datuk Paul Low hari ini berkata beliau berharap untuk bergantung kepada kedudukan yang diberikan Perdana Menteri untuk membolehkan beliau melawan rasuah, mengakui tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan.
Low yang baru dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang pernah menerajui kumpulan pemerhati rasuah Transparency-International Malaysia (TI-M), berkata tugasnya hanya untuk mengemukakan cadangan mengenai perubahan kepada sistem kerajaan, prosedur dan proses untuk mengurangkan peluang bagi rasuah, serta untuk mengukuhkan integriti dan amalan tadbir urus yang baik.
“Jika saya itik tempang, alternatif lain akan menjadi itik tempang. Apa yang anda lakukan? Tidak perlu cuba?” kata Low dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider hari ini.
“Ia sangat mudah untuk menjadi kritikal ... apakah alternatif yang lain? Suarakan dari luar? Dari TI, menjadi pengkritik semata-mata? Saya tidak boleh melakukannya sendirian ... Saya seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri. Itu memberikan saya keupayaan,”katanya.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua semalam berkata Low akan diadili berdasarkan pencapaian beliau dalam memerangi rasuah, menyatakan beliau akan menjadi “menteri itik tempang” jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak melaksanakan reformasinya dengan ketara.
Pua menegaskan bahawa Low akan diteliti berdasarkan keupayaannya untuk memastikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus menyiasat Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud walaupun keengganan beliau untuk bekerjasama dengan badan anti-rasuah itu, memastikan ketelusan dalam kontrak kerajaan, dan untuk memastikan menteri-menteri dan timbalan menteri secara terbuka mengisytiharkan aset mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913