Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Hipotesis AS-PKR Ruhanie tak cukup akademik - Dr Mohd Faizal Musa

$
0
0


Saya ingin merujuk kepada satu laporan media mengenai kenyataan Datuk Ruhanie Ahmad, penulis blog sosio-politik Kuda Kepang dan calon doktor falsafah (PhD) dalam bidang geopolitik dan kajian keselamatan di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dalam satu pembentangan di sebuah forum anjuran Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) pada 16 Mei yang lalu, Datuk Ruhanie Ahmad melemparkan persoalan apakah Pakatan Rakyat, atau PKR lebih tepat, "menjadi ejen pertukaran rejim bagi menguntungkan Amerika Syarikat".

NONETerdapat dua kekaburan pada dakwaan, pertanyaan atau hipotesis di atas. Kekaburan pertama melibatkan kerangka kajian Ruhanie (kiri).

Setiap kajian akademik perlu didatangkan bukti nyata iaitu hasil penelitian yang mendalam dan panjang.

Sebagai ahli akademik, saya tidak berminat dengan dakwaan-dakwaan berasaskan teori konspirasi.

Dalam sesi soal jawab forum tersebut, saya telah bertanya apakah framework atau metodologi akademik yang beliau gunakan untuk mencapai kesimpulan tersebut.

Ini penting kerana Ruhanie membuka pembentangan beliau dengan penegasan yang beliau bukan lagi ahli politik tetapi bakal menamatkan pengajian PhD beliau dalam bidang kajian keselamatan.

Ini memberi isyarat bahawa pembentangan beliau adalah pembentangan akademik dan dapatan beliau adalah dapatan akademik.

Kerangka ilmiah apa?
Namun demikian, Ruhanie tidak dapat menjawab komponen paling penting dalam satu pembentangan atau kajian akademik iaitu apakah kerangka ilmiah beliau.
Kekaburan kedua ialah, sebahagian besar hipotesis tersebut adalah bersandarkan tulisan Tony Cartalucci berjudul "Malaysia: Failure of US to Subvert the Elections and Install a 'Proxy Regime': US 'Pivot' Toward Asia Trips in Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913