KUALA
LUMPUR, 17 MEI: ‘Perdana Menteri Diktator’ adalah kesan langsung
daripada pengumuman Kabinet baru Perdana Menteri Najib Razak yang
menjadikan jemaah menterinya itu hampir tidak relevan.
Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong ketika mengulas struktur Kabinet badan eksekutif yang memperlihatkan kapasiti Jabatan Perdana Menteri yang kian membelon.
“Lebih satu pertiga daripada 32 ahli Kabinet beroperasi secara rasmi
daripada Jabatan Perdana Menteri, iaitu Perdana Menteri sendiri,
Timbalan Perdana Menteri dan lapan Menteri penuh. Tambahan daripada lima
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dalam kabinet sebelum ini,” kata
Chin Tong dalam kenyataan medianya hari ini.
Menurut beliau yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP, pemusatan kuasa yang terlalu bertumpu kepada Jabatan Perdana Menteri pastinya dicemburui perdana menteri negara Komanwel lain memandangkan jabatan itu kini bertanggungjawab untuk hampir semua perkara, sehinggakan menteri Kabinet lainnya hampir tidak diperlukan.
“Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab menguruskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Biru Pengaduan Awam serta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA); yang secara wajarnya diletakkan di bawah pemantauan Parlimen,” ujar Chin Tong.
Bagi beliau, Perdana Menteri tidak mengikuti tradisi sebenar kabinet Westminster yang sepatutnya berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang secara kolektif.