Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Kelantan : Aura Tok Guru payungi pentadbiran baru

$
0
0
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

WALAUPUN Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengundurkan diri daripada menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan, namun auranya selaku ‘Tok Guru’ yang menerajui negeri Cik Siti Wan Kembang sebenarnya masih menjadi antara faktor besar meraih sokongan rakyat.


Hal ini diakui oleh Menteri Besar yang baharu, Dato’ Ahmad Yaakob yang menggantikan beliau selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kerana khidmat bakti dan idea Tok Guru dalam meladangi sokongan rakyat di Kelantan. Bagi Ahmad Yaakob, usaha Tok Guru Nik Aziz dalam meletakkan kelainan dan mencari sampel sebuah kerajaan sebaik menang pada tahun 1990 amat mengkagumkan, dan ia masih segar dalam ingatan rakyat Kelantan secara keseluruhannya.
Ahmad Yaakob mengakui, ketokohan Tok Guru Nik Aziz dalam mencari inspirasi menerajui Kelantan dalam masa yang sama membawa agenda menjadi sebuah pentadbiran kerajaan negeri contoh berlandaskan Islam.
Disebabkan itu, Tok Guru Nik Aziz membawa tema ‘Membangun Bersama Islam’ sebagai landasan kepada pentadbirannya, dan kata Ahmad Yaakob, gasasan itu akhirnya mampu diterima rakyat.
Lebih dari itu, musuh politik PAS sendiri gagal menandingi idea dan wibawa Tok Guru Nik Aziz dalam menerajui sebuah negeri yang bersih rasuah dan berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat sejak tahun 1990 hingga kini.
Meskipun kerajaan negeri berdepan kekurangan modal pada awal pemerintahan, namun kata Ahmad Yaakob, hasil usaha gigih Tok Guru Nik Aziz dan pemimpin terdahulu, Kelantan berjaya mengatasi kemelut meruncing hasil sekatan ‘jahat’ Umno-BN yang tidak menghormati semangat federalisme.
Kekentalan Tok Guru Nik Aziz sentiasa menjadi ratib kepada jentera PAS khasnya dalam mendapatkan sokongan rakyat samada pada saat genting seperti pada tahun 2004, mahupun semasa tsunami tahun 2008, dan begitu juga bagi pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913