Howard Lee
GEORGE
TOWN, 20 DIS: Biarpun Barisan Nasional (BN) berjaya merampas mandat
rakyat Negeri Perak dengan cara yang tidak demokratik dan zalim pada
2009, mereka masih gagal memecahbelahkan hubungan baik dan kerjasama
erat Pakatan Rakyat (PR) di negeri itu.
Wakil Pemuda DAPSY, Howard Lee Chuan How berkata, ia terbukti apabila buat pertama kali dalam sejarah, PR Perak berjaya melancarkan Belanjawan negeri 2013 pada 15 Disember lalu.
“Pucuk pimpinan PR Perak menghasilkan bukan saja satu belanjawan alternatif, tetapi belanjawan seimbang yang tidak pernah difikirkan UMNO-BN selama ini.” katanya ketika perbahasan pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16, Ahad lalu.
Menurut Howard, Belanjawan 2013 PR Perak yang bertemakan “Mengupayakan, Memperkayakan dan Memperkasakan Rakyat” ini akan membabitkan rakyat negeri itu secara lebih menyeluruh.
“Dalam resolusi Perkara 2 (2), iaitu Pendemokrasian Ekonomi, ia termasuk langkah menggalakkan aktiviti pertanian berasaskan makanan daripada industri kecil dan sederhana (IKS) di mana anggaran perbelanjaannya sebanyak RM8,300,00 juta,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>