Apabila bercakap fasal berbagai tindakan agresif para pembela dan pejuang bangsa di dalam Umno, kononnya untuk mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara, maka teringatlah beberapa peristiwa besar yang telah dirakam oleh sejarah. Peristiwa dan kejadian itu juga secara tidak langsung menunjukkan akan kerakusan, hilang akal politik orang Melayu khasnya dan politik Malaysia amnya.
Ada beberapa kejadian yang berlaku, sebenarnya amat perit untuk dikenang tetapi terpaksa disebut untuk dijadikan iktibar. Biarlah generasi terkini menilainya sendiri dari persepktif mereka.
Semua peristiwa ini sebagai tanda mata kepada kecederaan politik bangsa Melayu. Kejadian-kejadian yang tidak sepatut berlaku ini jika diukur kepada hakikat sebangsa dan seagama, tetapi ia berlaku dan menjadi bukti betapa sadis politik Melayu yang dilakukan oleh Umno. Umno telah bertindak kejam dan di luar batas-batas demokrasi, dan ada kalanya di luar batas-batas undang-undang dunia sekalipun. Batas agama dan adat tidak perlu dikira lagi kerana Umno parti paling Melayu!
Perbuatan atau kejahatan politik Umno ini bukan sehari dua ini, bukan bermula dengan peristiwa 'menagur' bas PKR, menganggu ceramah Anwar, atau pun menyerbang petugas-petugas di tempat ceramah seperti berlaku di Gombak Selatan, tetapi ia berlaku sejak tahun 1969 lagi kira-kira lebih 40 tahun lalu. Bahkan Umno menubuh skuad khas untuk melakukan pengkhiatan dan gangguan terhadap demokrasi. Bolehlah dikatakan kejahatan Umno bermula sejak di dalam telor lagi.
Read More / Baca Lagi >>