Beranikah
Najib membenarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Jan diadakan di
Stadium Merdeka. Kita semua sudah faham benar dengan perangai penakut
dan pengecut pimpinan Umno/BN yang sering bercakap berdolak dalik
sebelum ini.
Semasa Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0 pun mereka berdolak dalik sehingga menyebabkan ianya berjalan dengan tidak aman disebabkan gangguan pihak-pihak berkenaan atas arahan mereka.
Jika benar Najib dan pimpinan Umno/BN anak jantan dan berani serta professional sepatutnya mereka memberi kerjasama kepada rakyat untuk berhimpun secara aman bukannya mengacau dan mengganggu sehingga memperok-perandakan rakyat.
Bertindaklah secara professional dan anak jantan. Lihat bagaimana negara-negara maju menangani himpunan aman rakyat. Malah kita telah membuktikan banyak kali bagaimana rakyat boleh berhimpun secara aman jika tiada provokasi dan gangguan dari pihak tertentu yang sengaja menimbulkan huru hara dan kekacauan.
Apakah mereka bimbang jika himpunan aman ini tidak diganggu rakyat akan semakin ramai hadir dan menunjukkan sokongan kepada penganjur himpunan tersebut. Rakyat hanya ingin meluahkan perasaan tidak puashati terhadap sistem pilihanraya yang tidak bersih, bantahan terhadap lynas, isu felda, penafian royalti dan sebagainya. Mereka tidak bermaksud untuk merusuh dan membuat kacau. Pasukan keselamatan boleh mengawal mereka dari membuat kacau, bukannya mencetuskan kekacauan seperti apa yang berlaku pada himpunan-himpunan sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>