KUALA
LUMPUR, 20 MEI: Menteri Dalam Negeri baru, Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi dicabar mendapatkan persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak supaya menyediakan satu hari penuh pada minggu pertama sidang
Parlimen ke-13 untuk berdebat jika dia tidak gentar dengan usul
mengecamnya dan mengumumkan keputusan itu pada akhir mesyuarat pertama
Kabinet, Rabu ini.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata beliau tidak jangka akan
ada sebarang pengumuman kerana bukan saja Zahid yang takut dengan usul
mengecamnya, Najib dan Menteri Kabinet lain juga bimbang dan takut
terhadap usul kecaman terhadap Zahid.
“Ini kerana sekiranya terdapat pembahagian dan pengundian penuh akan diambil terhadap usul mengecam Zahid, saya tidak terkejut jika ada beberapa Ahli Parlimen daripada 133 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tidak akan hadir dan terbabit, sebaliknya menolak seruan Zahid terhadap rakyat Malaysia yang berpuas hati dengan PRU-13 supaya berhijrah ke negara lain.
Ahmad Zahid dalam kenyataannya hari ini bersedia untuk berdepan dengan usul mengecamnya di Parlimen apabila menggesa sesiapa yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya sekarang boleh “pindah ke negara lain”.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, kebanyakan Menteri Kabinet tentu sedang berdoa supaya isu itu akan mati begitu saja dan tidak berlaku usul mengecam Zahid, kerana mereka tahu tidak mungkin dapat menolak kenyataan Zahid sebagai kenyataan peribadi seperti dinyatakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
“Najib sendiri ketika taklimat dua jam kepada Kabinet baru selepas upacara mengangkat sumpah Menteri dan Timbalan Menteri pada Khamis lalu, yang “membunuh” cubaan lemah Khairy untuk menjarakkan dirinya daripada kenyataan Zahid dengan mendakwa itu hanya “pandangan peribadi” dan tidak mencerminkan pendirian kerajaan.