KUALA
LUMPUR, 20 MEI: Kabinet pasca-PRU-13 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak bukan setakat paling “tidak menarik” berbanding enam Perdana
Menteri lain sepanjang 56 tahun lalu, malah upacara mengangkat sumpah
dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri baru-baru ini adalah tidak sah dan
terbatal.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ini kerana sehingga kini
semua mereka belum lagi mengangkat sumpah sebagai Senator untuk
membolehkan mereka dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri dalam
kabinet baru Najib.
Oleh itu, katanya, Najib atau timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus bertanggungjawab dengan kegagalan itu dan membuat pengakuan secara terbuka terhadap kesalahan besar dan memalukan Yang di-Pertuan Agong itu.
Katanya, sehingga kini Najib masih lagi membisu dengan pendedahannya bahawa pelantikan dua Menteri iaitu Datuk Paul Low dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar serta tiga Timbalan Menteri iaitu Waytha Moorthy, Dr J Loga Bala Mohan dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, tidak sah kerana mereka belum lagi mengangkat sumpah sebagai Senator.
“Najib sepatutnya mendedahkan siapa yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap kesalahan yang memalukan Yang di-Pertuan Agong itu sehingga menjadikan Malaysia bahan ketawa di kalangan komuniti diplomatik dan antarabangsa.
“Kesalahan besar membabitkan perlembagaan seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini sepanjang 56 tahun sejarah negara. Mengapa ia berlaku sekarang? Apakah standard protokol telah merundum seperti mana standard kehidupan orang ramai, baik dalam pendidikan, kehakiman atau perkhidmatan awam sepanjang lima dekad lalu?
“Sekiranya Kabinet baru Najib sering kali malang, melakukan kesalahan tidak mengikut perlembagaan yang tidak pernah berlaku dalam separuh abad lalu, apa yang rakyat Malaysia jangkakan daripada Kabinet ini,” soalnya dalam kenyataan media, semalam.