Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

DAP minta SKMM siasat dalang di sebalik gangguan internet

$
0
0

CYBERJAYA, 20 MEI: DAP hari ini membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung wujudnya sekatan kepada beberapa laman web parti sejak Parlimen dibubarkan April lalu walaupun suruhanjaya itu memberi jaminan tiada sebarang sekatan akan dikenakan.
Sekatan internet itu menyebabkan sebahagian besar laman web rasmi DAP mengalami gangguan.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataannya berkata, penapisan dan sekatan itu adalah sabotaj terhadap parti dan rakyat Malaysia yang mahu mendapatkan maklumat.
“Adalah jelas sekatan internet bagi tempoh itu terutamanya bagi laman web pro Pakatan Rakyat diletakkan di bawah pengawasan, penapisan dan sekatan tanpa pengetahuan, ini merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap jaminan SKMM yang kononnya “Tiada Penapisan Internet”,” ujar beliau.
Pada sidang media di pejabat SKMM, Pengurus Unit IT DAP Kebangsaan, Goh Kheng Teong berkata, penapisan internet yang berlaku itu belum pernah terjadi dan menyifatkan ianya sebagai perbuatan jahat.
“Ia direka untuk menapis laman web tertentu, akaun facebook, video pada video dan penstriman video secara langsung.
“Kita telah menemui bukti bawaha wujud penapisan internet sejak awal April lalu melalui satu kajian teknikal secara menyeluruh seperti yang disiarkan pada satu laman web forum internet popular pada 1 Mei lalu dengan link https://forum.lowyat.net/topic/2794929“, jelasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913