Oleh Shahbudin Husin
Meskipun Presiden Pas, Haji Hadi Awang telah menegaskan bahawa parti itu tidak sekali-kali akan bergabung dengan UMNO, tetapi masih ada suara-suara kecil yang mahu kedua-dua parti itu bergabung. Pelbagai alasan diberikan untuk menjustifikasikan penggabungan itu, antaranya untuk kepentingan Melayu, memertabatkan Islam dan bagi yang ekstremis pula melihat hanya dengan penggabungan itu saja dapat menghantar karier politik Anwar Ibrahim ke titik kematian.
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berulangkali mahukan orang Melayu dan Islam di negara ini menjadikan matlamat penyatuan Pas dengan UMNO sebagai usaha yang berterusan demi kepentingan umat dan Islam. Dr Hassan Ali yang sudah dipecat dari Pas juga mahu penyatuan itu menjadi realiti suatu hari nanti.Dalam UMNO juga ramai yang melihat keperluan kepada penyatuan itu. Berbagai hujah dan alasan turut diberikan. Alasan yang paling banyak ialah demi kepentingan Islam dan Melayu dan agar bangsa lain tidak sewenang-wenangnya berbuat sesuatu di negara ini.
Bagi yang melihat Anwar sebagai ancaman kepada UMNO pula merasakan hanya dengan Pas meninggalkan Pakatan Rakyat sajalah karier politik Ketua Pembangkang yang masih gigih memburu Putrajaya itu dapat dititiknoktahkan.
Sementara Pas makin didesak agar menerima huluran tangan penyatuan itu, pemimpin Pas pula kekal dengan pendirian bahawa tiada keperluan ke arah itu. Haji Hadi mengatakan UMNO dalam keadaan hampir lemas dan sekiranya Pas mendekati mereka, dibimbangi Pas juga akan turut ditarik tengelam sama.
Mursyidul Am Pas, Nik Aziz pula sejak dulu kekal dengan pendiriannya bahawa penyatuan hanya munasabah dilakukan jika UMNO bersedia meninggalkan perjuangan kebangsaannya dan menerima Islam sebagai arah tujunya yang baru. Pemimpin yang lainnya juga berpendirian hampir sama walaupun sebelum pilihanraya lalu terdapat kecenderungan sesetengah pemimpinnya terhadap idea penyatuan itu.
Read More / Baca Lagi >>