PETALING JAYA, 20 Mei — Kehadiran pengundi hantu dalam Pilihan Raya
2013 tegas Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli hari ini menyebabkan
daftar pemilih yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diragui
serta kewujudan kad pengenalan palsu telah mencemarkan integriti Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN).
Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan, kehadiran lapan pengadu yang
dihalang untuk mengundi kerana kad pengenalan mereka telah digunakan
pengundi hantu ketika Pilihan Raya 2013 lalu membuktikan bahawa
keputusan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU 13) diragui rakyat.
“Penyelewengan yang paling berleluasa adalah kehadiran pengundi hantu yang berpunca daripada daftar pengundi yang tidak bersih.
“Perkara ini membayangkan kelemahan dan mungkin keterlibatan dua badan yang bertanggungjawab iaitu SPR dan JPN ... kehadiran pengundi hantu membawa impak besar yang meruntuhkan keyakinan rakyat kepada integriti keputusan PRU13,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Read More / Baca Lagi >>