Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

GST lebih menghimpit golongan miskin, kata PKR

$
0
0
PETALING JAYA, 20 Mei — Pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hanya akan menekan kumpulan majoriti rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah berbanding kumpulan minoriti orang kaya, kata ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen.
Beliau yang juga merupakan Biro Perdagangan dan Pelaburan PKR menegaskan, Barisan Nasional (BN) seharusnya menghapuskan projek mega yang tidak bermanfaat dan menangani rasuah dengan serius bagi menangani “krisis kewangan” sebelum memperkenalkan GST.
“Melainkan jika dan sehingga BN membuktikan ia boleh mengurangkan pembaziran dan membanters rasuah dengan berkesan, kerajaan tidak mempunyai hak untuk memperkenalkan GST,” tegas Wong (gambar) ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Beliau yakin BN sedang menghadapi krisis fiskal yang nyata, dan PKR jelasnya percaya punca kepada perkara itu adalah asa cukai yang lemah, pembaziran perbelanjaan dan rasuah yang ketara.
“Sekiranya kesemua perkara itu ditangani, kemudian kami (PKR) akan pertimbangkan untuk laksana GST,” katanya.
Beliau yang memenangi kerusi Parlimen Kelana Jaya dalam Pilihan Raya 2013 lalu menegaskan, pendapatan isi rumah majoriti rakyat Malaysia adalah terlalu rendah dan tidak mempunyai pendapatan mencukupi bagi membayar cukai pendapatan.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913