Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Tak suruh pun, ramai yang telah meninggalkan negara

Isu Zahid Hamidi yang sedang ‘berperang’ dengan pihak pembangkang berhubung dengan isu kenyataan Menteri Dalam Negeri itu semakin hangat. Zahid bersedia menghadapi usul untuk mencela beliau di dalam Parlimen yang dibangkitkan oleh Lim Kit Siang dan beliau tidak takut dengan ‘ugutan’ penasihat DAP itu.  Zahid yang sejak akhir-akhir ini nampaknya menjadi panas baran dengan tuduhan terhadapnya yang datang bertalu-talu.
Zahid yang saya kenali rapat tidaklah seorang yang panas baran. Beliau seorang yang mudah didekati dan sentiasa bergurau jika bertemu rakan-rakan lama seperti saya dan yang lain. Tetapi apabila sampai isu ini beliau nampaknya bertambah panas baran dan tidak diketahui apa yang menyebabkan beliau menjadi begitu. Sememangnya tanggungjawab yang beliau pikul itu bukannya tanggungjawab yang ringan maka Zahid perlulah melebihkan kesabaran beliau apabila menghadapi isu panas seperti ini.
Zahid telah meminta sesiapa yang senang dengan sistem demokrasi negara lain berpindah sahaja ke negara-negara tersebut dan meninggalkan negara ini. Saya sendiri telah menulis dan melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Zahid itu tetapi tulisan saya itu adalah pandangan ikhlas dari seorang rakyat yang mahu merasakan bertanggungjawab terhadap negara kita yang kita punyai bersama-sama ini.
Sesungguhnya tidak payah sesiapa  menyuruh sesiapa untuk meninggalkan negara ini. Tanpa kenyataan Zahid itu timbul pun, sememangnya sudah jutaan rakyat Malaysia yang telah berhijrah ke negara lain untuk kehidupan yang lebih baik. Mereka yang tinggal hanyalah orang seperti saya dan yang lain yang tidak mempunyai pilihan selain dari negara ini. Di mana bumi dipijak di situlah langit saya junjung, seperti kata perbilangan Melayu yang popular itu. Itulah sebabnya saya tidak silu untuk bercakap benar kerana saya mahukan satu-satunya negara yang ada untuk saya tinggal menunggu mati ini.
Lebih-lebih lagi sekarang ini, terlalu ramai rakyat Malaysia sedang berusaha untuk berhijrah dan ini adalah kenyataan dan hakikat sebenarnya yang berlaku.Masing-masing mempunyai sebab masing-masing untuk berhijrah, tetapi di antaranya sememangnya ramai berniat untuk berhijrah kerana tidak senang dengan keadaan yang sedang berlaku di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913