Oleh Majdan Dagang
Jangan fikir kami penyokong Pakatan Rakyat (PR) mahu turunkan Umno-BN kerana anda telah lama memerintah. Bukan sebab itu. Kami mahu anda turun sebab anda tidak lagi amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin. Banyak bukti yang terang lagi jelas sikap tidak amanah anda termasuklah laporan oleh audit negara tentang salah guna dana awam sebanyak RM250 juta dalam kes NFC
Kalau anda amanah, kami benarkan anda terus berkuasa sampai bila-bila. Sebagai Muslim pula, sikap tidak amanah yang paling besar ialah apabila anda menolak hukum Allah dengan pelbagai alasan. Anda mencari dalih untuk tidak melaksanakannya, bukan mencari jalan untuk melaksanakannya.
2. Jangan fikir bumi Malaysia ini milik suatu kaum sahaja. Kita mesti menerima hakikat bahawa orang Melayu, Cina, India, Kadazana, Iban dan lain-lain kini berada di bawah satu bumbung. Hal in kerana, semasa menerima kemerdekaan dahulu Umno telah menerima syarat British bahawa kemerdekaan ini mestilah menerima orang Cina dan India sekali sebagai warganegara. Sebagai imbalannya diwujudkan hak istimewa orang Melayu - untuk melindungi dan membetulkan kedudukan orang Melayu sebagai bangsa terbesar di Tanah Melayu yang terpinggir semasa British berkuasa.
Read More / Baca Lagi >>