Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Dalang Lahad Datu tak akan didedahkan, ini pula alasan Zahid

$
0
0
ZahidHamidi
Sebelum PRU-13 lalu Zahid Hamidi beriya-riya mahu mendedahkan nama-nama yang dikatakan dalang pencerobohan Lahad Datu selepas PRU-13. Tajuk post sebelum ini, Lahad Datu : Inilah 3 nama yang dimaksudkan Zahid Hamidi
Hari ini lain pula alasan Zahid, nama-nama tersebut tak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.
“Semua dokumen dan maklumat terperinci telah diperoleh dan penelitian dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah sedang diteliti… kami iaitu Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Pertahanan akan adakan mesyuarat dengan pihak peguam negara untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya. Saya tidak berhajat untuk menamakan individu terlibat iaitu dua dari semenanjung dan seorang dari Sabah sebab saya tidak mahu berlakunya satu keadaan prasangka atau prejudis bila kes ini dibawa ke mahkamah,” kata Zaid. – AstroAwani
Kalau itu alasan Zahid, kenapa biar diri kelihatan tak cerdik dengan berkata nak mendedahkan nama-nama tersebut. Kalau kerana prasangka atau prejudis, kenapa Zahid nak mendedahkan sebelum ini atau sebelum ini dia lebih tak cerdik dari hari ini. Nampaknya itu hanya modal politik semata-mata, bukannya nak hiraukan sangat tentang keselamatan negara.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913