Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Tangkapan Politik: Tumpu penjenayah bukan pemimpin Pakatan

$
0
0

KUALA LUMPUR: Ketika Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) sibuk mengarahkan anggota-anggotanya menangkap pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat, adakah dia memberikan perhatian kepada jenayah, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Bukan sahaja rumah kakak Khalid sendiri di Mantin di rompak dan rumah adik Timbalan Perdana Menteri di Petaling Jaya juga dirompak, malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low secara tidak langsung menuduh polis tidak mampu menjalankan tugas apabila bimbang menteri yang mengisytihar harta akan tergugat keselamatan mereka," kata beliau.

Mengulas kenyataan Low itu, Mahfuz menyifatkan kenyataan Low amat jelas menyatakan kepada rakyat bahawa jika seseorang mempunyai harta, ia tidak selamat lagi untuk berada dalam negara ini.

"Bukan itu sahaja, Low juga memberikan gambaran yang sangat jelas bahawa menteri-menteri kerajaan BN mempunyai harta yang sangat banyak, mungkin sehingga berbilion-bilion dollar Amerika, sebab itulah tergugat keselamatan mereka dan keluarga mereka kalau mengisytiharkan harta," katanya.

Mahfuz juga menyifatkan kenyataan Low itu sebagai anti-ketelusan yang sekaligus menghalang rakyat mengetahui dari manakah sumber harta menteri-menteri yang begitu banyak itu sehingga bimbang menggugat keselamatan mereka kalau diisytiharkan harta-harta tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913