Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Majlis Peguam: Tindakan keras terhadap perbezaan pendapat menunjukkan demokrasi Putrajaya merosot

$
0
0
KUALA LUMPUR, 24 Mei — Tindakan pentadbiran Najib untuk menutup mulut pengkritik melalui kekerasan memberikan isyarat negara kembali ke era autokratik dan fasisme, kata Majlis Peguam hari ini dan menambah ianya menyebabkan impian kerajaan menjadikan negara sebagai demokrasi kelas dunia menemui kegagalan.
Presiden Majlis Peguam Christopher Leong mempersoalkan komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memberikan kebebasan lebih besar untuk sebuah negara maju yang benar-benar demokratik selepas pilihan raya 5 Mei.
“Ujian kepada demokrasi tulen adalah untuk membenarkan kata-kata diungkapkan walaupun kita tidak bersetuju dengannya,” kata Leong dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengatakan penangkapan pemimpin pembangkang, wakil rakyat, aktivis dan penyokong yang mengadakan acara bakar lilin dalam perhimpunan aman dan rampasan akhbar pembangkang bercanggah dengan ikrar pilihan raya Najib.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913