Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

BN parti tunggal: Umno sudah sampai di jalan mati

$
0
0

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan untuk menjadikan BN sebagai parti tunggal menandakan Umno kini sudah berada di jalan mati.

Menurutnya, sambutan baik Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yasin terhadap cadangan itu membuktikan BN mengakui bahawa perjuangan berasaskan bangsa yang selama ini diperjuangkan oleh komponen parti itu sudah tidak relevan lagi di Malaysia.

"PAS sejak dahulu lagi sering menegaskan, perjuangan berasaskan bangsa tidak akan ke mana. Akan sampai di satu jalan mati, Umno akan terpaksa berpatah balik semula ke belakang," kata bekas menteri besar Kelantan itu dalam satu kenyataan melalui laman facebooknya hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:


Saya membaca kenyataan Timbalan Presiden UMNO hari ini yang dilaporkan menyambut baik cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal. Menurutnya cadangan ini adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan. Menurut laporan, kenyataan ini dikeluarkan oleh beliau sewaktu berada Phuket dalam satu lawatan kerja di sana.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913