Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Anwar : Saya Tidak Akan Undur Kerana Pakatan Sepatutnya Membentuk Kerajaan

$
0
0

PETALING JAYA 25 MEI : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan berundur daripada persada politik tanah air kerana Pakatan Rakyat menang undi popular di dalam pilihanraya ke-13.
Katanya, Pakatan tidak berjaya membentuk kerajaan persekutuan kerana penipuan di dalam proses pilihanraya dan bukannya kerana kalan dengan adil dan bersih.
anwar ibrahim kongres ke 9 PKR 03“Jika tanpa ada penipuan, kita akan berada di Putrajaya hari ini. Saya bukan tidak boleh terima kekalahan, tapi jika pilihan raya kalah dengan proses yang dijalankan secara telus saya akan bersara.
“Tapi dalam kes ini, kita menang, apa sebab saya nak undur? Dia (Umno-BN) dapat undi 47 peratus dengan tipu takkan nak suruh orang (PR) dapat undi 51 peratus undur, kamu tidak malu ke?
“Saya putuskan kita tidak akan undur,” katanya ketika ucapan pengggulungan Kongres Keadilan ke 9 di Dewan Sivik di sini hari ini.
Sebelum ini, Anwar dilaporkan pernah berkata beliau akan bersara dari politik dan kembali mengajar di institut pengajian tinggi sekiranya Pakatan Rakyat gagal menguasai Putrajaya dalam PRU 13.
Anwar pernah menjadi pensyarah di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.
Kata Anwar, beliau bukan mengubah fikiran, tetapi mahu teruskan perjuangan kerana mendakwa penipuan yang didalangi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah bagi membantu kemenangan BN.
“Bagi kita, kita sudah menang pilihan raya, tapi kekalahan  ini kerana melibatkan bawa masuk (orang) Bangladesh, ini penipuan,” katanya.
Sementara itu, beliau meminta semua pimpinan di semua peringkat supaya membuat laporan polis berhubung penipuan Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) Isnin ini.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913