Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Anwar : Jawatan GLC Bukan Rizab Parti

$
0
0

PETALING JAYA 25 MEI : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa individu yang mengendalikan syarikat berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) haruslah berkelayakan tinggi dan berintegriti yang bukan semestinya tokoh politik.
Dalam ucapan penggulungannya, beliau menjelaskan bahawa kedudukan GLC bukan merupakan rizab parti.
pakatan selangor“Kita jangan kompromi dengan prinsip integriti pentadbiran yang baik yang kita bicarakan, kedudukan GLC bukan rizab parti.
“Dan sesiapa yang duduk dalam GLC itu mungkin orang politik mungkin juga tidak. Tetapi orang itu mesti ada kelayakan yang tidak akan mencampuri urusan parti,” katanya di Kongres Nasional PKR ke 9, di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Dalam sidang media kemudiannya, Anwar turut menjelaskan ahli parti tidak sewajarnya terlibat dalam mana-mana perkhidmatan awam atau Kerajaan Negeri.
“Isunya ialah individu itu perlu benar-benar profesional untuk mengendali sesebuah organisasi dan tidak mewakili parti.
“Parti tidak wajar dilihat atau terlibat secara langsung dalam mana-mana pengurusan perkhidmatan awam urusniaga negeri. Kita mesti mengasingkan tanggungjawab mereka,” katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913