Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Rakyat suluh demokrasi Malaysia yang gelita di himpunan Black 505

$
0
0
PETALING JAYA, 26 MEI: Kerlipan ribuan lampu telefon bimbit dan nyalaan pemetik api, simbolik menyuluh demokrasi Malaysia yang gelita mengakhiri pesta Himpunan Suara Rakyat 505 di Padang Timur, semalam. Meskipun kebanyakan hadirin terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas dan hujan turun pada sebelah petangnya, namun tidak menghalang kehadiran lebih 50,000 rakyat di upacara kemuncak pesta Black 505 bagi membantah penipuan pilihan raya.
Walaupun dihambat dengan tangkapan, ugutan dan provokasi dalam siri jelajah himpunan Black 505 sebelum ini, namun rakyat tidak gentar, malahan ‘berpesta’ meraikan rakan-rakan dari pelbagai bangsa dan peringkat umur yang hadir dari seluruh negara.
505_petangMuqadimah acara dari sebelah petang dipanaskan dengan pembukaan ucapan oleh pimpinan mahasiswa, NGO dan artis. Masing-masing mengkritik sikap kerajaan dan SPR yang bersekongkol melakukan penyelewengan pilihan raya.
Antara yang menyampaikan ucapan ialah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Safwan Anang, aktvis mahasiswa KS Bawani, selain artis Leman Raja Lawak dan pelakon Abby Abadi.
Di atas padang, ribuan hadirin memakai pakaian hitam, tanda kematian demokrasi di Malaysia mengibar bendera parti Pakatan Rakyat dan negeri dari seluruh Malaysia
971883_10201263444093876_2073480616_nManakala, anak-anak muda turut menjadikan Himpunan Rakyat 505 sebagai kempen anti-perkauman bagi membalas propaganda jahat yang disebarkan media pro-BN dengan plakad, kain rentang dan slogan di baju-T mereka.
Seperti mana kebiasaannya di program anjuran Pakatan Rakyat, penjaja kecil mengelilingi tapak program dengan dagangan mereka antaranya warung makanan, VCD ceramah, baju-T yang dibeli sebagai cenderahati untuk dibawa pulang.
Pentas semakin gamat sebaik nama penyanyi ‘blues’ ulung tanahair, Ito diundang naik ke pentas untuk menyanyikan lagu ‘Ubah Sekarang’ bersama-sama ribuan hadirin.
Pengacara majlis, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard berterusan mengulangi tuntutan utama Himpunan Black 505.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913