Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Sosma – Pengamal undang-undang berbeza pandangan

$
0
0
Peguam kanan jenayah Datuk N. Sivananthan berkata SOSMA mungkin efektif dalam situasi tertentu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR, 26 Mei — Hampir setahun selepas Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 diwartakan untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang dimansuhkan, soal sama ada undang-undang baharu itu menyediakan keseimbangan antara melindungi keselamatan negara dan hak asasi tertuduh terus diperbahaskan.
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau ringkasnya SOSMA, diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 17 April, 2012, diberikan perkenan Diraja pada 18 Jun 2012, dan diwartakan pada 22 Jun 2012.
SOSMA ialah sebuah akta “bagi menyediakan langkah-lankah khas berkaitan kesalahan keselamatan bertujuan mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan dan bagi hal-hal berkait”.
Peguam kanan Datuk Mohd Hafarizam Harun berpendapat SOSMA tidak melanggar hak asasi tahanan di sisi undang-undang.
Beliau berkata akta itu menyediakan ketetapan untuk polis segera memaklumkan kepada waris kadim iaitu anggota keluarga terdekat tahanan berhubung penahanannya dan membenarkan tahanan berunding dengan pengamal undang-undang pilihannya.
Akta itu menyatakan seorang pegawai polis, boleh, tanpa waran, menangkap dan menahan mana-mana orang yang berkenaan dengan dia mempunyai sebab untuk mempercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan. Orang itu boleh ditahan bagi tempoh 24 jam untuk tujuan penyiasatan.
Pegawai polis boleh melanjutkan tempoh penahanan untuk tempoh tidak lebih 28 hari, bagi tujuan penyiasatan.
Pegawai polis hendaklah dengan segera memberitahu waris kadim kepada orang itu mengenai tangkapan dan penahanan orang itu dan membenarkan orang itu untuk berunding dengan pengamal undang-undang pilihannya.
Mohd Hafarizam berkata: “ISA lebih tegas daripada segi tempoh (penahanan) yang lebih lama dan tahanan boleh ditahan tanpa perbicaraan”.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913