Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Pakatan Rakyat lawan persempadanan semula kawasan pilihan raya

$
0
0
PETALING JAYA, 26 MEI: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar bertegas, Pakatan Rakyat akan menentang sebarang percubaan Umno-BN untuk mengadakan persempadanan semula kawasan pilihan raya.
izzah_505“Sebaik mereka ada masa, mereka akan panggil sidang parlimen. Mereka akan lakukan proses persempadanan semula. Mereka boleh pecahkan parlimen Sungai Besar kepada dua kawasan. Atau cantunkan (parlimen) Ampang dan Pandan.
“Mereka nak kurangkan majoriti dan memastikan BN terus menang,” kata Nurul Izzah di himpunan Suara Rakyat 505 di Padang Timur, semalam.
Justeru, beliau menyeru rakyat Malaysia dan penyokong Pakatan Rakyat memberi tekanan menghalang percubaan Umno-BN menggunakan Dewan Rakyat bagi membolehkan persempadanan semula dibuat.
SPR_tipuPusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) dalam kajiannya mendedahkan, secara purata mendapat undi popular sehingga 60 peratus setiap kali selepas persempadanan semula dilakukan.
“Kita nak kerjasama dengan Pakatan Rakyat. Kita nak pastikan rakyat turut serta beri tekanan habis-habsan. Kita takkan benarkan mereka ubah sempadan bagi memenangkan BN. Kalau mereka hendak tipu, kita akan lawan mereka,” tegas Nurul Izzah.
Berikan lesen akhbar Utusan Rakyat
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913