Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Rakyat ke Dataran Merdeka jika pengerusi SPR & timbalan tak letak jawatan

$
0
0
PETALING JAYA, 26 MEI: Rakyat akan turun ke Dataran Merdeka sekiranya pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar masih tidak meletakkan jawatan, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.Rafizi_505
Tegas Rafizi, rakyat Malaysia berhak menolak kepimpinan SPR yang tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya mengedalikan pilihan raya yang bersih dan bebas.
“Saya nak ingatkan SPR. Kamu dibayar untuk berkhidmat kepada rakyat. Kamu angkat sumpah akan pastikan kewibawaan SPR supaya rakyat yakin proses pilihan raya.
“Tapi bila SPR tipu dan gagal, maka pegawai tertinggi SPR telah melanggar sumpah mereka, mengkhinati Perlembagaan. Bila khianat kepada amanah, maka halall untuk kita lawan dan jatuhkan mereka.
Suruhanjaya_Penipu_Rakyat“Tunggu isyarat seterusnya. Kita akan berjumpa di Dataran Merdeka selepas ini sehinggalah tuntutan-tuntutan kita dipenuhi oleh Najib dan SPR. Boleh atau tidak saudara saudari?, kata Rafizi disambut teriakan ‘Boleh’ oleh puluhan ribu hadirin di himpunan Suara Rakyat Black 505, semalam.
Kata Rafizi, dalam tempoh dua minggu ribuan laporan polis akan dibuat diseluruh negara, manakala bukti penyelewengan dan salah laku akan diserahkan kepada SPR untuk dijawab.
“Dalam masa dua minggu, kita akan bawa laporan polis dan letak di depan muka Wan Ahmad.
“Bermula minggu depan kita akan fail petiseyn di 29 kerusi (parlimen dan dedahkan penyelewengan,” kata Rafizi disambut tiupan vuvuzela dan wisel.
Letak jawatan di SPR dan masuk politik
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913