Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Pasca PRU13: Terus berhimpun, PR pertahan undi popular

$
0
0

Mohamed Mustafa Ishak
Mohamed Mustafa Ishak
SHAH ALAM – Penganalisis mendakwa tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang terus-menerus menganjurkan perhimpunan seperti di padang timur, Amcorp Mall, Petaling Jaya semalam adalah untuk mengekalkan momentum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.

Ketua Kluster Politik, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, momentum itu perlu dikekalkan bagi membuktikan dakwaan mereka bahawa parti pembangkang mendapat undi popular itu perlu dipertahankan meskipun mereka tidak memperolehi jumlah kerusi parlimen yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Malah jelasnya penganjuran perhimpunan jalanan itu juga dipercayai bertujuan untuk mengelirukan rakyat dan pengundi khususnya yang masih mentah dan tidak memahami proses demokrasi yang diamalkan di negara ini sekaligus cuba mensabotaj kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU13.

“Ia tentunya akan memberikan keuntungan kepada mereka seolah-olah kemenangan BN itu tidak tulen.

"Mereka menolak kesalahan itu kerana berdasarkan undi popular yang mereka dapat. Itu fakta, saya tak nafikan, undi popular mereka dapat tetapi faktanya ialah bahawa kita memilih kerajaan berdasarkan jumlah kerusi, bukan berdasarkan jumlah undi popular,” katanya yang dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau menjelaskan,  Malaysia tidak mengamalkan sistem pilihan raya perwakilan bernisbah atau "Proportional Representation” yang mengambil kira undi popular sebaliknya negara ini menggunakan sistem majoriti mudah atau “First-Past-The-Post voting.”

“Sebab itu undi popular PR tinggi kerana mereka menang di kawasan penduduk ramai tapi kerusi sikit.

“BN pula menang di kawasan di mana kerusi banyak tapi pengundi sikit. Itulah faktanya, kalau ia diterima, maka tak sepatutnya sesiapa mempertikaikan keputusan pilihan raya kita.

"Sebenarnya sejak dulu lagi pembangkang dapat lebih, tapi jumlah kerusi tak sama dengan undi popular, sejak 1959 lagi kalau kita tengok tak pernah undi popular sama dengan jumlah kerusi baik BN mahupun pembangkang.

"Kenapa sekarang nak dipertaikaikan, dulu lagi pun macam itu juga, sudah 12 pilihan raya, undi popular tak pernah sama dengan jumlah kerusi, kenapa tak pernah pertikaikan dulu,” tegasnya yang mempersoalkan tindakan pemimpin pembangkang yang acap kali mempertikaikan keputusan PRU13.

Oleh kerana itu tegasnya pemimpin pembangkang perlulah menerima kekalahan mereka dengan menunjukkan sikap “gentleman” dan mengucapkan tahniah kepada BN sebagai mengakui kemenangan parti perikatan itu tanpa perlu mempertikaikan pilihan rakyat sebagai pemerintah yang sah.

“Itu cara "gentleman" tapi di Malaysia, pihak yang kalah itu tak mahu ucap tahniah sebaliknya mendakwa mereka yang menang.

“Rakyat suatu hari akan matang dan sekarang pun ramai yang semakin matang," katalnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913