Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Mengiktiraf kenyataan Anwar Ibrahim syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bukan rizab parti

Mahdzir Ibrahim

27 MEI — Saya merasa sangat bertuah sebagai salah seorang ahli DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat bersama-sama dengan PKR dan PAS kerana ungkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan satu usul yang meminta kuota parti dalam pentadbiran syarikat berkaitan kerajaan (GLC), mengabsahkan lagi bahawa Pakatan Rakyat merupakan satu gerakan politik yang benar-benar tulen dan jujur dalam membanteras rasuah dan salahguna kuasa yang menjadi amalan budaya politik sejak sekian lama.
Menurut beliau “Kita jangan kompromi dengan prinsip integiriti pentadbiran yang baik yang kita bicarakan. Kedudukan GLC itu bukan rizab parti”. Kenyataan ini wajar diangkat sebagai satu mesej penting bagi semua parti dan ahli politik dalam Pakatan Rakyat.
Prinsip asas seperti integriti dan profesionalisme wajar diberi penekanan dalam semua aspek urus tadbir kerajaan agar perjuangan parti tidak menyimpang dari matlamatnya.
Terlalu banyak bukti kesilapan yang akhirnya membawa kepada skandal salahguna kuasa dan rasuah yang telah berlaku dalam amalan politik Umno-Barisan Nasional (BN).
Jika kita merujuk kepada amalan atau budaya yang dilakukan oleh Umno dan BN selama ini, kita dapat lihat bagaimana kroni-kroni mereka memanipulasi syarikat berkaitan kerajaan hingga menyebabkan syarikat menanggung kerugian besar dan akhirnya semua masalah ini ditanggung oleh rakyat bawahan.
Semua kerugian ini adalah berpunca dari kecuaian pihak pengurusan yang mana ketua-ketua GLC ini adalah lantikan politik atau yang mempunyai kaitan langsung dengan pemimpin elit Umno-BN.
Contoh lain yang kita dapat lihat bagaimana Umno-BN menjalankan kerja-kerja korupnya apabila melantik ketua-ketua kampung dari kalangan ketua-ketua Umno baik diperingkat cawangan mahupun bahagian.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913