PUTRAJAYA, 27 Mei — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan
ahli akademik sistem “first past the post” yang diamalkan di Malaysia
akan mengekalkan kuasa pemerintah Barisan Nasional (BN) selama-lamanya
dan mengatakan ianya diantara yang terbaik di dunia .
Dalam
satu forum di Petaling Jaya pada Rabu, Timbalan Pengarah Pusat Kajian
Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) Amer Saifude mengatakan BN akan
terus kekal memerintah selagi sistem pengundian “first past the post”
terus digunakan di Malaysia walaupun persempadanan semula dilakukan.
“First past the post ni, bukan sampai bila-bila BN menang. First past the post ni adalah satu sistem yang simple di mana pertandingan nak merebut kerusi dalam satu kawasan,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) dalam satu wawancara khas bersama The Malaysian Insider .
“Kerana first past the post ini, BN tak dapat majoriti dua pertiga dalam PRU13 (pilihan raya umum ke 13). Kerana first past the post ini, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menang dengan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN),” tambah beliau lagi.
Menurut Wan Ahmad lagi, sistem pilihan raya diguna pakai di Malaysia turut digunakan oleh negara-negara yang maju dan telah lama mengamalkan demokrasi.
“Britian, dah berapa ratus tahun mengamalkan proses demokrasi sampai sekarang dia guna first past the post.
“Australia, first past the post. New Zealand first past the post campur dengan mix sikit. Proportional Representation (PR) sistem sikit. India, negara demokrasi terbesar di dunia 800 juta pengundi first past the post,” katanya.
Timbalan pengerusi SPR itu turut menjelaskan, jika sistem first past the post itu tidak adil, tidak mungkin PR dapat menang banyak kerusi termasuk beberapa negeri.
“Kerana first past the post ini, Kelantan diperintah oleh satu parti sahaja, PAS selama 25 tahun. Di Pulau Pinang, DAP menang di semua kerusi yang ditandinginya. Saya rasa orang yang buat kenyataan ini tak faham sistem pilihan raya di Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>