KUANTAN, 27 Mei — Semua hakim yang mendengar petisyen berhubung
keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perlu menyelesaikan kes dalam
tempoh enam bulan dari tarikh difailkan, kata Ketua Hakim Negara, Tun
Arifin Zakaria hari ini.
Beliau berkata ini bagi mempastikan proses menetapkan keputusan setiap petisyen dikemukakan parti politik yang bertanding pada PRU13 itu tidak terlewat dan mengikut undang-undang ditetapkan.
“Selepas hakim pilihan raya (hakim yang mendengar petisyen) membuat keputusan, pihak yang terlibat akan membuat rayuan pula ke Mahkamah Persekutuan.
“Ia ambil masa juga sebab kita mempunyai tempoh enam bulan untuk selesaikan ... kalau semua berjalan mengikut tempoh yang ditetapkan petisyen mengenai pilihan raya boleh diselesaikan dalam tempoh setahun,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Kuantan di Bandar Indera Mahkota, di sini oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
Read More / Baca Lagi >>