Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Zahid dan Khalid cuba kembalikan era gelap Mahathir

$
0
0

Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata Zahid dan Khalid akan dikenang sebagai watak yang mengheret Malaysia kembali ke zaman "gelap" Dr. Mahathir. - Gambar failKUALA LUMPUR, 27 Mei — PAS menyifatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Khalid Abu Bakar cuba mengembalikan era kegelapan dibawah Tun Dr. Mahathir Mohamad, selepas pemimpin DAP Lim Kit Siang menyatakan kritikan sama semalam.
Semalam, Lim berkata keangkuhan Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid dan Ketua Polis Negara, Khalid yang tidak sampai sebulan memegang jawatan hanya akan merosakkan demokrasi dan hak asasi negara.
“Ketika (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) di kenang sebagai Perdana Menteri kerajaan minoriti yang pertama dalam sejarah negara ini, Zahid dan Khalid pula akan dikenang sebagai dua watak yang mengheret Malaysia kembali ke zaman gelap Dr Mahathir,” kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang dipetik dalam laman portal Harakah hari ini.
Salahuddin kemudiaan mengalih serangan ke atas kedua-dua individu tersebut ekoran penangkapan tiga orang baru-baru ini yang bermula dengan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan disusuli kemudiaannya dengan Ahli Parlimen (MP) Batu PKR Chua Tian Chang, ahli PAS Tamrin Ghafar dan aktivis Haris Ibrahim.
“Rabu lalu, ketika berucap kepada rakyat yang berhimpun menyokong Adam Adli berdekatan Lokap Berpusat Jinjang, saya memberitahu tidak sepatutnya Adam ditangkap.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913